Saturday, January 5, 2013

Sabar

Sabar.
Sabar menghadapi ujian, sabar mengutip nikmat.
Kalau betul sabar itu utuh, maka dendam dalam hati akan terkubur.
Memang sabar itu datang dari hati sendiri, tiada bantuan luar.
Orang lain hanya mampu suruh bersabar, tapi engkaulah yang menjana kesabaran.
Kesabaran adalah apabila kau boleh senyum apabila ditimpa musibah dan biarkan dendam itu terkubur dalam hati.
Jangan takut padamkan dendam. Satu hari, budi baik ini akan terbalas.
Banggalah dengan diri kau sendiri sebab kau sahaja yang tahu kau sedang bersabar.
Selamat menuju kejayaan, bagi yang bersabar.
Sabar ada batas, dan apabila tiba di batasannya, kekasaran bukanlah satu cara untuk mengajar, tetapi kejujuran dan berterus terang.
Cara terbaik untuk menguburkan dendam ialah memaksa diri melupakan dendam itu, dan tumpukan kasih kepada benda baru.
Sabar. Hadapi dengan senyuman.

No comments: