Thursday, May 24, 2012

Rambut Beralun

Aku tak tahu sejak bila.

Mula-mula aku dilahirkan dengan rambut yang lembut dan lurus. Agak comel saat aku bayi sehinggalah sekarang sebenarnya. Ya, aku memang masih comel sekarang. Malah makin hari makin comel.

Aku dibesarkan dari umur 7-10 dengan berkepala botak Mawi, ataupun lebih segar dilabel rambut penjara. Tapi sebenarnya, bukan Mawi yang mulakan botak itu, tapi dah hakikat orang-orang Johor suka taram rambut sampai tinggal hanya 1, 2 ataupun 3 inci sahaja. Percayalah, aku dilihat seperti budak berpenyakit, ibu kata.

Mulai tahun ke 10 aku di bumi, aku masuk sekolah baru, aku kenal seorang kawan baru bernama Shahrul Azmil bin Md Isa. Aku kagum dengan rambutnya ketika itu. Aku tak pernah melihat rambutnya ditiup aku, jatuh daripada berdiri. Rambutnya seperti dawai lurus yang utuh berdiri seperti pancang-pancang yang disusun secara rapat. Keras macam dawai senang kata.

Oleh sebab aku bersekolah agama dahulu, aku berbahasa ana anta.
Anta guna apa kasi rambut keras?
Ana guna gel.
Okay.

Balik ke rumah aku meminta ayah belikan minyak rambut. Ya, minyak rambut, aku salah mohon ketika itu. Maklumlah kecil lagi, bebal dan senang lupa ingatan.

Lalu ayah menggantikan minyak rambut dengan gel rambut berjenama elite yang dibeli di Pasaraya Bahagia Bersama, tak silap.

Sekali cuba, amboi, keras, rasa segak, rambutku disikat rapi seperti dalam gambar Cover Photo di Facebook aku. Comel, bukan? Ya, memang, dan masih comel. Aku menggayakan rambut seperti itu, sehingga menuntut di tingkatan 5.

Mulai tingkatan 5, dah rasa otai sikit, dah rasa nak cuba benda baru, aku cuba faux hawk. Berjaya! Aku berjalan dengan kacak di sekolah. Makin banyak mata melihat. Hahahahaha padahal melihat kerana perbuatan itu salah.

Setelah beberapa minggu, rambut makin panjang, dan faux hawk aku semakin tumbuk. Tidak. Aku berasa janggal lalu mengubah kedudukan rambut seperti asal, tapi hanya menggunakan jari-jemariku. Masih, aku kacak lagi.

Semakin panjang rambut aku bela, semakin susah nak urus. Sebab rambut aku jenis yang mengembang, melebat. Bak kata seorang senior di kolej yang menggunting rambut aku,
Rambut engkau ni tebal, dari segi diameter la.

Di sinilah segala-galanya tentang rambut beralun bermula. Aku sekarang rasanya boleh jadi Harry (One Direction), Joe Jonas ketika rambut panjangnya, Mika, AG Coco pun ada sikit, dan apa-apa yang berkaitan dengan kekacakan.

Oh ya, penting.

Aku takkan rebond rambut, sebab mungkin tak kena dengan muka.
Kerana apa? Kerana Allah menciptakan sesuatu itu dengan cara paling baik. Walau buruk mana pun pada diri dia rupanya, namun tidak, itulah yang terbaik.
Analoginya, engkau bayangkan seseorang yang berambut kerinting, tiba-tiba meluruskan rambutnya. Timbul persoalan.
Yucks, peliknya.
Eh, apasal kau luruskan rambut?
Hey, gelinya. Hahahahaha.


Sesungguh Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
[At-tiin, 4]


Sekian daripada seorang hamba yang tak tahu apa-apa,
Anwar Husaini.

2 comments:

kasut_putih said...

mula2 baca lawak giler. berdekah. kembong pipi tahan gelak [psl i'm the disen lady kat opis]
tapi bila smp last - insaf.

tq baby. i'll miss you forever till God separate us.

yang tak kurang comel juga,
ibu.

Khairani said...

Haha! xmau kcau tapi lawak,.. :)