Saturday, May 19, 2012

Asing

Islam datang dengan asing dan pergi dengan asing. Beruntunglah orang yang asing, iaitu orang yang beramal soleh ketika kesesatan manusia.


Ketika dia datang, bumi seolah-olah dilanda ombak setinggi bulan, sebesar gergasi kerana tak sanggup berubah daripada kejahatan dunia yang amat menyeronokkan mereka.
Kenapa? Kerana kejahatan itu semuanya seronok.


Ketika dia di puncak, dia menjadi sebutan ramai sehingga dianggap ini norma kehidupan. Tanpa dia, takkan hidup jiwa mereka di muka bumi.
Kenapa? Alah biasa, tegal biasa.


Ketika dia pergi, ibarat satu budaya baru dibawa masuk ke dalam kelab malam yang penuh dengan cakaran dan gesekan biola syaitan yang mengheret mereka ke lurah jahanam berapi marak.
Kenapa? Dah biasa tak berperang, takkan nak masuk angkatan tentera.


Tidak wujud alasan menunggu seru, kerana seru itu telah datang sejak lebih 1400 tahun dahulu.
Jangan sampai datang sangka kala yang padu, baru hendak ditaubatkan dirimu.


Sering kali kita, terutamanya diri aku sendiri, lupa, alpa, lalai, leka, tergoda dengan hasutan dunia sampai kadang-kadang aku terlupa indahnya syurga dan sakitnya neraka. Astaghrfirullah.

Apa itu asing?


1. Bila seseorang yang menunaikan solat itu bukan daripada clique mereka.
2. Bila menutup aurat itu old-fashioned, rimas, atau belum sampai seru.
3. Bila tidak bersalam dengan lain jantina dianggap sombong dan angkuh.
4. Bila tidak ke kelab malam itu jakun bagi mereka.
5. Bila berkopiah barulah kita nak malu dengan dia.


Jika disenaraikan semuanya, maka takkan muatlah walau besar mana pun cakerawala Tuhan ciptakan untuk kita.
Ada akal yang bijak, dari sekolah yang mahal diprogramkan otak, ibu ayah cikgu yang tak berhenti mendidik, fikir.


Datang dengan asing, sudah. Itu sebelum lebih 1400 tahun yang lalu, ketika dia baru sampai, betapa janggalnya perasaan manusia di lembah kejahatan ketika itu.
Pergi dengan asing, hati-hati. Bila dia akan pergi, maka bumi akan mati, pintu taubat tiada lagi, kita bakal dihumban dalam api.

Takut? Silakan takut. Sambil-sambil takut, taubatnya jangan ke laut.

Jangan takut untuk menjadi orang yang asing, kerana syurga adalah untuk orang-orang yang benar-benar terasing daripada kejahatan dan norma manusia.
Pilih kawan, yang baik didekati, yang kurang baik ditunjuk contoh yang murni. Kubur memang untuk kita seorang, tetapi sebelum kita masuk kubur, kita tak boleh bergolek dan tanam diri sendiri.

Sekian sahaja nukilan dan curahan idea hamba yang hina dan tak seberapa, untuk semua.
Pendek, tapi harap-harap ada feel.

Ditandatangani,
Anwar Husaini.

2 comments:

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

semua masih tidur, semua masih berdengkur, semua masih dibuai mimpi indah.

Bangunlah wahai sahabat perjuangan, kita mengangkat agama Islam.

Anonymous said...

ok sila pasang lagu Aku yang asing.
-ain