Orang memilih makanan bersebab. Banyak sebab.
Antara sebab-sebabnya ialah "trust issues."
Sama macam hal-hal lain, hilangnya rasa kepercayaan terhadap satu-satu perkara mengakibatkan prejudis untuk satu jangka masa yang lama dan mungkin juga rasa benci itu takkan luput sampai bila-bila. Hal ini boleh berlaku apabila seseorang diperkenalkan kepada satu jenis makanan dan mengalami nasib yang kurang baik iaitu... dihidangkan dengan hidangan makanan yang berasa aneh. Impresi pertama ini seperti biasa, seperti yang berlaku terhadap personaliti manusia, bakal meninggalkan kesan yang lama dan mengingatkan pemakan tersebut bahawa makanan itu memang tidak sedap dan tidak akan menjadi sedap.
Maka di sini wujudlah mereka yang tak suka durian.
Tapi jangan khuatir dan gelabah, sebaliknya bersyukurlah kerana ada beberapa orang yang tidak akan makan makanan kegemaran kita seperti durian dan sebagainya. Tiada gunanya kita meyakinkan mereka betapa lazat makanan tersebut kerana dikhuatiri mereka akan menghabiskan stok makanan kegemaran kita!
Cuba kaitkan dengan manusia. Sekian.
No comments:
Post a Comment