Apa anda akan lakukan kalau basikal anda hilang dan anda terserempak dengan si pencuri bersama basikal anda?
Okay ini soalan yang baik. Saya ada dua pilihan, bergantung kepada taraf hidup orang itu.
Kalau orang itu nampaknya seorang yang berada ataupun anak orang kaya, saya akan datang kepadanya dan memberikan belasah yang padu untuk beberapa minit. Hanya kemudian saya akan duduk dan berbual dengannya.
Saya akan maafkan dia, dan paksa dia beritahu keluarga serta rakan-rakannya, jangan mess up dengan saya.
Kalau orang itu nampak seperti seorang yang memerlukan bantuan, saya akan datang kepadanya, duduk dan berbual. Memberikan nasihat yang selembut mungkin, tak kira berapa usia dia. Saya akan maafkan dia dan akan belanja dia ais krim Magnum, ini tak tipu sebab saya pernah buat.
Kalau anda telah menyiapkan satu assignment yang memakan masa lebih kurang dua minggu, setibanya masa untuk dihantar, karya anda dicampak. Apa pandangan anda?
Mestilah sedih. Tapi nak buat macam mana, pensyarah dah tak terima. Buatlah yang baru dengan tabah. Bukannya semuanya perlu dimulakan dari sifar, bukan?
Katakan anda hilang orang yang tersayang dan paling rapat, berapa lama anda akan menangis?
Saya akan menangis hanya kurang dari 2 jam. Sebab apa? Sebab menangis takkan membawa orang yang mati kembali hidup, kecuali dengan izin Dia.
Secara emosionalnya, menangis membuatkan masalah lagi bertambah. Menangis boleh menyebabkan kita melaratkan masalah dan melihat segala benda sebagai satu aspek negatif yang tak pernah selesai.
Secara rasionalnya, kita dapat belajar menerima pemergian seseorang kerana itu semua takdir, dan ada hikmah dia pergi dahulu. Mungkin untuk mengajar kita lebih berdikari dan menghargai orang yang masih ada, bukan?
Kesimpulan
Sabar ada tahap, dan tahap itu kadang-kadang susah untuk kita terima. Dia kaya tapi tak nak beli harta sendiri dengan cara yang betul. Sepatutnya orang kayalah yang dapat lebih didikan agama dan bukan agama, bukan?
Sedih itu semula jadi. Sesiapa pun pada mulanya akan berasa sedih apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Bergantung kepada individu untuk terus rebah ke tanah ataupun berdiri megah.
Terima kasih sahabat bernama Musa bin Norazan kerana mengajar aku istilah "Rational, not emotional!" semasa dalam zaman tingkatan lima lagi. Amat berguna, sampai sekarang.
Tak mudah sebenarnya untuk seseorang belajar menerima. Pilihlah, untuk teruskan aktiviti sedih engkau ataupun mara selangkah sikit ke hadapan engkau. Aku pun tahu, sedih, jatuh, merana, itu semua menyakitkan. Tapi, sampai bila kau nak teruskan? Cuba bayangkan, masa yang kau luangkan dengan bersedih, dipenuhi dengan aktiviti lain. Bukankah kau dah jimat masa?
Cuba belajar menerima.
Sekian.
No comments:
Post a Comment